Kunjungan Hormat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Koм) Zon Tengah Kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Presint 16, Putrajaya
14 April 2026 | Aktiviti Terkini13 April 2026, Isnin – Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi jalinan kerjasama, khususnya dalam memperkasa agenda komunikasi berkesan serta pelaksanaan inisiatif bersama berkaitan keselamatan, kesejahteraan rakyat, dan pembangunan komuniti berteraskan prinsip Malaysia MADANI. Delegasi J-KOM diketuai oleh Noorisah binti Haji Hakim (Pengarah Zon Tengah) dan turut disertai oleh tiga (3) orang pegawai J-KOM.
Program bermula pada jam 11:30 pagi yang diikuti dengan sesi pembentangan infopek NADI Presint 16 oleh Puan Nur Dahiyah (Pengurus NADI Presint 16). Sesi perbincangan turut diadakan bagi berkongsi pandangan dan mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas.
Kunjungan hormat ini diharapkan dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama antara J-KOM dan NADI, seterusnya menyokong usaha memperkasa komuniti melalui penyampaian maklumat yang berkesan, pembangunan kemahiran digital, serta penglibatan aktif masyarakat setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: